Rabu, 17 Ogos 2011
Selasa, 2 Ogos 2011
info takaful
DEFINISI TAKAFUL
Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ia memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.
KONSEP TAKAFUL
Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awam (saling bekerjasama).
Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan.
"Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.
Langgan:
Catatan (Atom)